Kembali ke Halaman Utama
 
Produk-produk "PCT"

CD Zuriat Soleh

CD As-sunnah 1.0

Borang Tempahan

 



CD Zuriat Soleh 1.0

Screen Shots

Pengenalan :

CD ZURIAT SOLEH merupakan satu garis panduan dan bimbingan kepada setiap individu
Muslim yang telah dan bakal mendirikan rumah tangga serta berhasrat untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.

Cd Zuriat Soleh yang dihasilkan dari gabungan ulamak dan Jurutera perisian dari negeri kelantan ini mengandungi 7 bab utama iaitu Perkahwinan dalam Islam, Adab & doa ketika berjimak, Amalan & doa Semasa Hamil, Adab & Akhlak Suami Isteri, Panduan Menamakan Anak dan Koleksi nama-nama pilihan.

Kandungan :


Perkahwinan Dalam Islam
Perkahwinan Dalam Islam adalah meliputi pengertian nikah, syarat nikah, rukun nikah, wali dan saksi serta syarat-syaratnya, hikmat berkahwin, tanggungjawab Isteri terhadap suami dan tanggungjawab suami terhadap isteri.

Adab & Doa Ketika Berjimak
Adab & Doa Ketika Berjimak mengandungi penerangan ringkas mengenai adab sebelum, semasa dan selepas jimak serta waktu-waktu jimak yang sesuai. Ia juga mengandungi hadis dan doa sebagai panduan dan amalan ketika berjimak.

Adab & Doa Semasa Hamil
Adab & Doa Semasa Hamil pula berkaitan dengan ibu-ibu yang sedang hamil seperti berdoa agar disejahterakan anak di dalam kandungan, beribadat kepada Allah SWT dan membaca Al-Quran. seperti surah Al-Fatihah, Surah Yasin, Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman dengan bacaan berkaraoke. Selain itu, terdapat juga doa-doa seperti doa memohon rahmat, doa agar dipelihara anak dalam kandungan, doa agar dikurniakan anak lelaki dan doa selepas bersalin.

Adab & Akhlak Suami Isteri
Adab dan Akhlak Suami Isteri adalah mengenai akhlak dan tanggungjawab suami terhadap isterinya yang sedang hamil dan Isteri yang sedang hamil terhadap suaminya. Selain dalil-dalil Rasulullah S.A.W, di sertakan juga firman-firman Allah bagi menyokong keterangan yang diberikan dan panduan kepada setiap muslim yang bakal dan telah berkahwin.

Panduan Menyambut Kelahiran
Panduan Menyambut Kelahiran menceritakan perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas mendapat anak seperti azan dan Iqamat, upacara tahnik, hikmat mencukur rambut, aqiqah dan khatan. Penerangan dalam bentuk Video disediakan bagi menambahkan lagi pengetahuan pengguna.

Panduan Menamakan Anak
Panduan Menamakan Anak menerangkan beberapa panduan untuk memilih nama-nama anak, waktu-waktu yang sesuai untuk menamakan anak, nama yang diharuskan dan makruh menurut Islam.

Koleksi Nama-nama Pilihan
Koleksi nama-nama pilihan mengandungi lebih 2000 nama-nama Islam beraudio. Ia ditulis dalam 2 bahasa iaitu bahasa melayu dan arab serta mengandungi maknanya sekali. Disusun berdasarkan susunan abjad lelaki dan perempuan, kombinasi nama-nama indah indah lelaki dan perempuan, nama-nama tidak elok dan nama-nama baik di sisi Allah.

 

Ciri-ciri Utama :
 * Autorun - tidak perlu setup program 
 * Teks penerangan ringkas dengan sistem grafik 256 warna yang menarik.
 * Mengandungi surah-surah pilihan - Surah Al-Fatihah, Surah Yasin, Surah Maryam
    Surah Yusuf dan Surah Luqman sebagai amalan harian (Berkaraoke)
 * Doa-doa dan hadis pilihan sebagai bimbingan dan amalan setiap muslim
 * Koleksi nama-nama Islam melebihi 2000 nama-nama pilihan beraudio
 * Video clip(AVI) majlis Aqiqah, Bercukur, Tahnik dan lain-lain bagi menambahkan
     lagi pemahaman.
 * Kualiti audio yang tinggi (22Khz)

 

Keperluan Sistem :

# PC 486DX2 66Khz dan keatas

# Ingatan utama 8 Mb atau lebih

# Pemacu CD-ROM

# Kad bunyi

# VGA dengan 256 Warna

CD As-sunnah 1.0

 

Pengenalan :

CD AS-SUNNAH 2.0 merupakan amalan-amalan yang diwarisi oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang digarapkan dalam bentuk CD Multimedia. Ianya merupakan amalan-amalan Muktabar yang terdiri daripada kumpulan Zikir, Solawat dan doa-doa penting.

 

Kandungan :

CD AS-SUNNAH 2.0 mengandungi kumpulan amalan seperti berikut :

geobook.gif (10453 bytes) Al-Mat'athurat Al-Sughra
Bahagian Al-Ma'athurat Al-Sughra, iaitu amalan doa Rasulullah yang dipetik dari kitab Al-Ma'athurat karangan Imam Hassan Al-Banna yang mengunpulkan doa-doa utama amalan Rasulullah yang boleh dijadikan panduan amalan harian masyarikat Muslim

geobook.gif (10453 bytes) Doa-doa solat pilihan
Bahagian Doa-doa Solat Pilihan pula memaparkan doa-doa selepas sembahyang fardhu dan sembahyang sunat dan ia merupakan alternatif untuk masyarikat dalam mempelajari doa selepas sembahyang.

geobook.gif (10453 bytes) Kumpulan Solawat
Bahagian Kumpulan Selawat-selawat pula mempunyai lima jenis solawat yang lazim dibaca semasa majlis-majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat.

geobook.gif (10453 bytes) Tahlil & Doa
Bahagian Tahlil dan doa pula memaparkan tahlil yang biasa dibaca semasa malam Jumaat dan kenduri kesyukuran. Ia memudahkan untuk masyarakat yang tidak mengetahui tentang tahlil
       

Ciri-ciri Utama :

* Autorun - tidak perlu setup program 

* Dwibahasa : Bahasa Melayu & English

* Sistem bacaan berkaroake

* Sistem grafik 256 warna yang menarik

* Kualiti audio yang tinggi (44 Khz)

 

Keperluan sistem :

## PC dengan 468DX2 8MB RAM

## Windows 95/98/2000

## Pemadu CD-ROM 

## Kad bunyi

## VGA dengan 256 warna (monitor)

 

5337-J, Tingkat 2, Seksyen 24,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7419188 / 09 - 7419189
Fax : 09-7419187
Http://serambisaujana.tripod.com
email : alazmi@tm.net.my

 

[Buku Lawatan][Lihat Buku Lawatan][Pengumuman]

 

(C) 2000 Profficient Computer Technology Sdn. Bhd.
 - All Rights Reserved.
alazmi@tm.net.my